SEJARAH PERGURUAN SENI ILMU BELA DIRI NAGA EMAS

Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS adalah Seni Ilmu Bela Diri yang berasal dari gabungan-gabungan Seni Ilmu Bela Diri Silat Dayak dan Pencak Silat, serta bela diri luar seperti; Tai Chi, Jet Kune Do, Wing Chun, Boxing Thailand, Judo.

Gerakan-gerakan tersebut diolah menjadi satu gerakan khas dari Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS yang mengandalkan tiga unsur Iaitu :

1.FiZik

2.Teknik

3.Kepantasan berFikir.

SENI ILMU BELA DIRI NAGA EMAS memiliki 10 teknik tendangan, 20 teknik pukulan dan 30 jurus langkah serangan yang masing-masing dipecahkan menjadi tiga dalam satu teknik pukulan maHupun tendangan atau jurus langkah serangan.Teknik-teknik jurus senjata yang dikembangkan Adalah :

seni bermain;

  • pedang (mandau) 
  • tantuwu (2 tongkat pendek)
  • toya (tongkat panjang) 
  • tombak 
  • belati 
  • ruyung (dobell stiCk)
  • cabang (trisula)







Dengan syukur yang mendalam, Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS ingin berterimakasih kepada setiap orang yang telah datang dalam hidup Perguruan Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS, yang mengilhami, menyentuh, dan menerangi Perguruan Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS melalui kehadirannya.

Apapun yang terjadi,IlmuBelaDiri pada dasarnya sangat dibutuhkan oleh hampir kebanyakan orang. Dengan pengertian kaidah Bela Diri Silat dan kepandaian membela diri yang dimiliki seseorang, maka secara automatiknya di dalam dirinya akan lebih memiliki rasa kepercayaan dan keyakinan pada kemampuan diri dan menghargai orang lain, serta sedar akan tanggungjawab Di saat ketika  ini telah banyak sekali Ilmu Bela Diri / ilmu mempertahankan diri yang telah mengalami pengembangannya dan dengan nama yang berbeza-beza. walaupun mempunyai Prinsip yang sama pada dasarnya. 


diantaranya ialah :-

  • Kung Fu,
  • Pencak Silat,
  • Yu Yit Su,
  • Karate,
  • Kempo,
  • Judo,
  • Boxing,
  • dan lain2..


Semua orang yang menaruh minat untuk mengetahui dan mempelajari Ilmu Bela Diri melakukan pilihannya masing-masing pada jenis yang disukai atau dirasa tepat bagi dirinya.Maka dengan itu, Perguruan Seni Ilmu Bela Diri NAGA EMAS memiliki Visi dan Misi untuk memperkanalkan Seni Ilmu Bela Diri Tradisional Dayak Kalimantan Tengah dan Pencak silat yang digabungkan dengan Seni-seni BelaDiri luar secara positif, di kancah Ilmu Bela Diri yang ada di tanah air yakni MALAYSIA secara umumnya mahupun di mata dunia. Serta mempertahankan tradisi budaya terutama dalam bidang seni Mempertahankan Diri PENCAK SILAT.

Wallahualam.. SALAM UKHUWAH FILLAH ABADAN ADAN..INSHAALLAH..


WASSALAM...

credit : Gold Dragon Martial Art

 

 


WANITA MUDAH GEMUK

18 March 2011 at 09:34

ARKIB : 14/06/2007

 

KUALA LUMPUR 13 Jun – Fisiologi tubuh wanita mudah menyimpan lemak berbanding tubuh lelaki menyebabkan mereka lebih mudah gemuk berbanding lelaki.

 

Pakar Bedah Am Hospital ColombiaAsia, Seremban, Dr. Abd. Hamid Mat Sain berkata, tubuh wanita secara semula jadi mempunyai lebih banyak lemak berbanding lelaki yang memiliki lebih banyak otot.

 

Selain itu, katanya, hormon estrogen dan progesteron wanita turut menyebabkan tubuh mereka ‘menyimpan air,’ sekali gus menambahkan lagi berat badan mereka.

 

‘‘Walaupun wanita lebih mudah gemuk, faktor utama kegemukan tetap berpunca daripada pengambilan makanan dengan lemak atau kalori tinggi.

 

“Tidak kira jika dimakan sedikit atau banyak, jumlah kalori makanan perlu bersesuaian dengan keperluan tenaga badan.

 

“Seseorang itu tetap gemuk walaupun makan sedikit tetapi langsung tidak bersenam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Menurut Abd. Hamid, penduduk bandar yang bekerja di pejabat tidak sepatutnya

 

mengamalkan cara pemakanan masyarakat luar bandar yang tinggi karbohidrat terutama nasi.

 

Jelasnya, masyarakat luar bandar memerlukan makanan tinggi karbohidrat kerana mereka menggunakan tenaga yang banyak untuk bekerja di ladang dan sawah.

 

Utusan Malaysia hari ini melaporkan satu juta wanita berusia antara 25 dan 64 tahun di negara ini gemuk berbanding 850,000 orang lelaki gemuk dalam lingkungan usia yang sama.

 

Ia merupakan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, hanya 22 peratus rakyat di negara ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan berbanding 60 peratus bagi penduduk di negara-negara maju.

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

 

Dalam pada itu, Abd. Hamid menekankan kes wanita yang gemuk akibat masalah hormon amat jarang berlaku di negara ini.

 

‘‘Wanita perlu lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan kerap bersenam berbanding lelaki kerana sudah menjadi sifat semula jadi badan mereka lebih mudah menyimpan lemak.

 

‘‘Tambahan pula makanan orang Melayu dan makanan tradisional Asia banyak menggunakan karbohidrat, misalnya nasi dan mi yang akan ditukarkan menjadi lemak jika diambil secara keterlaluan,” ujarnya.

 

Beliau berkata, penyelesaian untuk masalah ‘ciptaan manusia’ ini amat mudah iaitu mengamalkan pemakanan seimbang serta melakukan senaman sekurang- kurangnya tiga kali seminggu, 30 minit setiap kali.

 

Sumber : Utusan Malaysia Online



SENAMAN KARDIO


Kardio merupakan salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk badan anda, sama ada anda mahu menurunkan berat badan, membina otot atau meningkatkan tahap kesihatan anda. Perkara yang menarik adalah, terdapat banyak pilihan untuk senaman kardio. Apa-apa sahaja yang membolehkan kadar jantung anda ke dalam zon kadar jantung sasaran .. Apa yang mengelirukan ialah, terdapat begitu banyak pilihan di luar sana ... senaman yang paling berkesan? Baiklah...tiada 'hak' senaman kardio bagi sesiapa sahaja dan pilihan terbaik anda ialah menikmati senaman kardio tersebut dengan selesanya.Pada peringkat awal bagi kebanyakkan mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau mereka yang mempunya stamina yang kurang akan merasa letih apabila melakukan senaman kardio, akan tetapi lama kelamaan badan akan terbiasa dengan senaman-senaman kardio yang anda telah lakukan setiap hari..Baiklah saya selalu menasihati diri saya dan diri para trainee saya ..jadikan senaman itu sebagai rutin harian kita.


..Sebagai contohnya tetapkan dalam minda anda ataupun "mindset" anda bahawa kalau anda tidak melakukan senaman badan akan rosak,badan akan jadi gemuk, anda akan jadi tak senang duduk..serba tak kena je..ok..saya bagi contoh.. seperti kita menggosok gigi..kita manusia normal sememangnya menggosok gigi setiap hari iaitu 3 kali sehari..bayangkan jika kita tidak menggosok gigi selama 3 hari..apa akan terjadi kepada mulut kita?? Fikir sendiri dan bayangkan sendiri lah cmne bau nya kan?? HAHAHAH!,,,Begitu juga dengan senaman ..jadikan ia sebagai rutin harian dan perkerjaan tetap kepada diri kita di mana wajib kita lakukan setiap hari..


Bagi mereka yang memilik berat badan yang berlebihan saya nasihatkan lakukan terlebih dahulu senaman kardio dengan kadar yang lebih daripada orang lain yang memiliki tubuh badan yang fit, tough, dan sihat.. Anda makan lebih...anda memiliki lemak yang lebih pada badan anda..so?? anda perlulah melakukan senaman kardio yang lebih daripada mereka yang normal..Itu jer konsepnya..MUDAH KAN?? 


Baiklah untuk entri ini saya berikan beberapa contoh senaman kardio yang boleh anda praktikkan di luar sana:

 BERLARI 

  • Berlari adalah pilihan yang hebat untuk pelbagai sebab tau!
  • Ia tidak memerlukan peralatan khas (kecuali beberapa kasut kualiti)
  • Anda boleh boleh melakukannya hanya kira-kira pada bila-bila masa, di mana-mana
  • Ia berimpak tinggi, yang membantu membina tulang dan tisu penghubung
  • Ia mendapat kadar jantung anda lebih cepat daripada yang rendah atau tiada meninggalkan kesan
  • Ia membantu anda membakar kalori yang serius, lebih-lebih lagi jika anda menambah kecerunan seperti berlari di bukit kawasna beralun atau hikingsprint atau cuba latihan jeda.
  • Malah, secara faktanya seseorang yang memiliki berat badan 145-lb boleh membakar 300 kalori dengan berjalan pada 5.2 mph selama 30 minit. Orang yang sama akan membakar kira-kira setengah itu dengan berjalan kaki pantas. Kekangan yang timbul ialah bahawa ia mengambil masa untuk membina kekuatan dan stamina untuk terus berjalan dan kerana ia memberikan kesan yang tinggi, tetapi perlu diberi ingatan tidak semua orang yang melakukannya akan mendapat impak atau kesan yang sama.


BERBASIKAL

  • Sama ada anda berada di luar atau dalam rumah, berbasikal adalah satu senaman kardio PALING cemerlang. Dengan menggunakan kuasa kaki anda, ia boleh meningkatkan ketahanan otot anda di samping membakar banyak kalori, di mana-mana 250-500 dalam 30 minit, bergantung kepada berapa cepat anda pergi dan seberapa tinggi rintangan anda.


  • Apa yang membuat berbasikal lebih baik daripada aktiviti-aktiviti lain adalah bahawa anda boleh aplikasikan ke dalam kehidupan harian anda. Anda boleh berbasikal dari rumah ke tempat kerja atau menggunakan basikal anda untuk menjalankan kerja suruhan di sekitar bandar. Ia juga memberikan impak yang rendah, yang besar untuk sendi anda merupakan latihan yang cukup sempurna berbanding untuk aktiviti berimpak tinggi seperti berlari atau aerobik.


BERENANG 

  • Renang adalah satu lagi pilihan yang besar kerana, seperti anda melakukan sukan seperti ice-skating ia adalah satu latihan badan yang boleh dikatakan senaman kardio yang paling TERBAIK!! Lebih banyak bahagian tubuh anda yang terlibat dalam latihan atau senaman anda, lebih banyak kalori anda akan dibakar.


  • Menghabiskan 30 minit melakukan breastroke dan anda akan membakar hampir 400 kalori. Terbaik dari semua, sendi anda disokong sepenuhnya dan anda tidak perlu bimbang tentang kecederaan berimpak tinggi. Ia juga latihan yang sangat berkualiti jika dibandingkan dengan aktiviti kardio lain.


                                                       bersambung..............

WANITA PERLU KE GYM

18 March 2011 at 09:36

Kenapa kita lihat trend di Malaysia ni, hanya lelaki sahaja yang selalu memenuhi gym gym?Kenapa wanita tidak banyak ke gym?Adakah kerana dilarang?tidak!kerana wanita tidak perlu kekuatan?tidak sama sekali! Wanita zaman sekarang dah masuk ke era dimana wanita berada sama taraf dengan lelaki..tapi kenapa wanita tidak ke gym? Sebabnya majoriti wanita bertanggapan jika mereka ‘workout’ di gym,mereka akan menjadi seperti lelaki, ada otot2 besar, dan tegap seperti lelaki..SEMUANYA SALAH!

 Tahukah anda wahai wanita, wanita mempunyai hormon Astrogen yang banyak dan sedikit hormon testosteron. Walau serajin mana pun anda,sekuat mana pun,segigih mana pun anda ‘workout’di gym macam lelaki buat, anda tidak akan berotot otot besar seperti mereka!Anda tidak akan nampak seperti wanita yang tegap atau "tough’ macam lelaki..Kenapa?

 Sebabnya jumlah hormon testosteron yang sedikit dalam badan wanita tidak dapat membesarkan otot2 anda, yang cuma bertambah adalah kekuatan,flexibitili dan ketahan fizikal anda! Wanita yang mengikuti pertandingan bina badan berotot otot kerana mereka mengambil supplement dan menyuntik hormon testosteron ke badan mereka. Jadi takkan anda nak macam tu kot?

 Dengan kekuatan,flexibiliti dan ketahanan fizikal yang tinggi, anda sihat,cergas,otak cerdas, anda tidak akan mengalami masalah besar dalam mengharungi PMS anda, mengelakkan kerapuhan tulang (osteoporosis) selepas putus haid bila dah tua nanti, tiada sakit tulang belakang dan tiada masalah sendi2 badan..

 Anda tidak percaya?memang anda tidak akan merasainya sekarang,tetapi ia banyak akan membantu anda di masa tua nanti.Percaya lah!

KAITAN NAGA DAN ISLAM (C&P)

Sekarang mari kita ke persoalan utama iaitu apa itu Merong atau Naga ? Adakah ianya sejenis Dinasour atau sejenis Ular ? Di zaman manakah ia mula muncul ? Benarkah ianya wujud ? Di sini kita dapat melihat kekaburan umat akhir zaman ini tentang perkara ini yang sebenarnya satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Di Barat, Naga difitnah sering dijadikan kisah makhluk yang mengganggu ketenteraman manusia. Naga di anggap ganas. Ia di anggap hidupan yang menakutkan. Ada beberapa pihak mendakwa pernah raksasa ini merayau dan timbul di permukaan air dan ada yang telah terlanggar suatu objek aneh ketika belayar di lautan. Pengalaman penyelidik ikan Paus dan Jerung di tahun 2003 memasang umpan bekas berbau darah hanyir yang terus di kerumuni oleh ikan-ikan Jerung yang turut di pasang kamera. Tidak lama kemudian di kedalaman lautan 1,500 meter dari paras laut satu objek besar telah melalui kamera mereka menyebabkan ikan-ikan jerung tadi bertempiaran lari. Peristiwa ini telah di rakam oleh kamera mereka dan mendapati raksasa besar sepanjang 60 meter sedang melalui kamera mereka. Di Timur pula, Naga adalah makhluk yang menyebabkan kekayaan serta keuntungan dan haiwan yang menyeramkan kerana sifat matanya yang tersembul tapi Naga sebenarnya seekor binatang yang Pengasih dan Adil. Naga berbadan yang menyerupai ular tapi punya kaki dan cakar ini berperanan sebagai pelindung Umat. Kebanyakan legenda tentang naga berasal. tinggal di laut / sungai yang dapat juga menyebabkan banjir naga sangat dekat dengan lambang kekaisaran atau Kaisar. Di Jepun, para penyelidik yang melakukan kajian di Teluk Suruga iaitu salah satu tempat paling dalam di dunia terkejut apabila melihat seekor raksasa laut melintasi kamera mereka. 


PUTERI SYARIFAH AL-AGRON

230120142356



Sebenar kewujudan Naga bermula di zaman nabi Iskandar Zulkarnain a.s. apabila Naga ini menyemburkan api untuk meleburkan ketul-ketul tembaga untuk menyiap dan memplaster Tembok raksasa pada masa itu. Naga ini sejenis haiwan bersaiz besar, kuat dan memiliki kuasa mistik serta ajaib tidak seperti haiwan-haiwan yang lain. Ia memiliki mata yang berapi tersembul yang mengerunkan pada sesiapa yang melihtnya buat pertama kali. Ianya Ia mempunyai kepak serta mampu terbang tinggi dan laju sehingga melepasi awan dan mampu menyelam ke dalam air sungai sehingga ke dasar lautan. Ia memiliki batu Mutira atau Geliga yang sesiapa memiliki bola mainannya ini akan memiliki kuasa mistik yang hebat seperti Raja Iskandar Zulkarnain dan panglima-panglimanya seperti nabi Khidir a.s. dan nabi Ilyas a.s. Naga memiliki kaki burung Helang dan terdapat tanduk di kepalanya seperti Rusa. Ia boleh bercakap-cakap dan memahami bahasa manusia. Seluruh badannya dipenuhi dengan sisik Ikan serta bertelur dan sesetengah Naga mempunyai kepala 7 serta mampu hidup di dalam air. Naga yang matang dan tua memiliki janggut serta misai yang panjang seperti ikan Keli.

Ceritanya bukan hanya terdapat di Quran dan Hadis malah kajian mendapati ianya turut di kisahkan 30 kaum dari berbagai bangsa memperkatakan tentang Naga di dunia ini yang menepati seperti ciri-ciri di atas dalam bentuk lagenda dan mitos antaranya sebagai penjaga harta karun dalam lagenda Kota Baghdad Kisah 1001 Malam dan Lagenda Greek Purba. Saintis mempercayai terdapat 2 bilion jumlah keseluruhan spesis di lautan. Jadi kewujudan Naga dengan penemuan beberapa raksasa yang memiliki rupa yang menakutkan di kawasan yang gelap serta dasar lautan Tasik dan Laut yang dalam kerap kali terjadi.

Dan saintis juga kerap menjumpai pelbagai kehidupan pelik dan purba di dasar laut seperti Micro Algae, Diatom, Geo Duck dan lain-lain lagi.  Naga juga muncul di zaman Firaun raja Mesir semasa nabi Musa a.s. berjuang menyebarkan Islam di bumi Piramid berkenaan. Allah menjaga keselamatan baginda sehingga dikala baginda tidur, di datangkan Merong 2 ekor dari tongkatnya bila baginda nabi Musa a.s. nyenyak tidur untuk menjaganya. Kayu Tongkat baginda di sepakati oleh kebanyakan ulama dari pohon syurga yang di bawa turun oleh nabi Adam a.s. ke muka bumi. Ianya di simpan oleh setiap nabi-nabi setelah kewafatan nabi Adam a.s. untuk di wariskan kepada nabi Musa a.s. Tongkat Nabi Musa a.s. yang sebelum ini di dalam simpanan nabi Syuaib a.s. tanpa di sedari oleh Musa a.s. kerap kali membantunya melicinkan tugas harian antaranya menjadi 2 ekor Merong bila baginda nabi a.s. tidur utk menjaganya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah menceritakan darihal tongkat ini pernah bertukar menjadi 2 ekor Merong ketika nabi Musa a.s. tidur dan melompat masuk ke dalam sungai serta membunuh musuh nabi Musa a.s. yang tidur berdekatan dengan sungai berkenaan. Jika baginda dahaga ia akan minum madu dari salah satu hujung cabang tongkat berkenaan dan air susu pula dari cabang yang lagi satu. Jika ia lapar Nabi Musa akan memukul bumi maka akan muncul hidangan syurga untuknya.

Semasa Firaun laknatullah telah memanggil semua ahli sihir handal dikumpulkan untuk mengalahkan Nabi Musa, ahli-ahli sihir Firaun mencampakkan tali – tali dan tongkat yang berubah bentuk menjadi ular – ular yang banyak. Nabi Musa kemudian mencampak tongkatnya dan menjadi ular yang besar iaitu Naga lantas ia memakan dan menelan kesemua ular-ular ahli sihir tersebut. Kesemua ahli sihir Firaun itu kemudiannya insaf dan beriman pada tuhan sekalian alam selepas peristiwa ini.

Cerita ini di ceritakan sendiri oleh Allah yang berrfirman artinya: “Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, pasti ia akan menelan apa yang mereka buat. Sesungguhnya apa yang mereka buat itu hanya tipu daya tukang sihir dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang.” . Dengan mukjizatnya menukarkan tongkat menjadi makhluk yang hebat iaitu Big Snake atau Merong Naga sebenarnya memudah dan melancarkan lagi baginda Musa a.s. menyampaikan dakwah dan kebenaran agama Ilahi. Di zaman nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w. ( 571 – 632 ) wujud Pedang yang mempunyai dua kepala Merong Naga. Ia merupakan Pedang Pusaka dari ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib yang bernama al-Maksur.

Sebelum baginda di lantik menjadi rasul lagi pedang ini sentiasa bersama baginda dan pedang yang panjangnya 99sm ini masih sentiasa ada bersama baginda hatta ketika di lantik menjadi rasul. Pedang ini perkenalkan kepadanya oleh keluarga yang menyimpannya setelah kematian bapanya ketika ibunya masih lagi mengandungkannya ketika meletusnya peperangan Fijar ketika baginda bersama bapa saudaranya bertempur dengan musuh Quraisy Jahiliyyah ketika baginda berumur 15 tahun di. Semasa baginda di lantik menjadi rasul pedang ini selalu di gunakan oleh baginda ketika berlakunya peperangan antara kafir musuh-musuh Allah dengan orang-orang Islam.

Menurut Sirah Nabi s.a.w. ada mencatatkan Pedang al-Maksur ini adalah Pedang utama bagi nabi s.a.w. yang turut mempunyai 9 bilah pedang iaitu : Pedang Zul Fikar , Pedang al-Battar,  Pedang al-Hatif  ,Pedang al-Mikhzam , Pedang al-dasub ,Pedang al-Adab  Pedang al-AlQadib , Pedang al-Qalif ,Pedang ai-Maksur


Sebahagian daripada Pedang-Pedang ini di perolehi oleh baginda s.a.w. daripada harta rampasan perang atau al-Ghanimah dari peperangan yang di sertai oleh baginda nabi Muhammad s.a.w Nabi besar kita s.a.w. pernah menghunuskan pedang ini di hari penikahan puterinya Fatimah az-Zahra r.ha dengan Saidina Ali Karamahallahu Wajhah di kelilingi oleh Bani Hasyim yang turut sama beramai-ramai memegang Pedang ini.

Di zaman pemerintahan Usmaniah Monggol Turki, Pedang ini telah mereka hiasi dengan batu-batu permata dari Delima dan Fairusa. Pemegang asalnya dari kayu begitu juga dengan sarung yang panjangnya 85sm asalnya dari kayu yang kemudiannya di lapisi kulit binatang serta di salut dari emas di zaman pemerintahan Usmaniah Monggol Turki dengan hujungnya terdapat kepala Merong yang telah lama wujud di zaman ayahnya Abdullah Bin Abdul Mutalib. Pemegangnya ini di baiki di abad 16 masihi kerana telah rosak dan usang di makan usia. Nabi sangat menyayangi Pedang ini dan tidak pernah memberi kepada sesiapapun di kalangan Sahabatnya kerana tingginya nilai darjat Pedang ini yang di miliki oleh Bani Hasyim.

Setelah kewafatan baginda s.a.w. Pedang ini di wariskan kepada Fatimah az-Zahra melalui suaminya Panglima Besar Islam Saidina Ali r.hu. Semasa pemerintahan Penjaga Ribat Barat iaitu Ottomans atau Usmaniah Monggol Turki ianya di gunakan oleh raja Monggol ini dengan cara menarik Pedang ini dari sarungnya serta berdoa mengharapkan kemenangan dari Allah s.w.t. ketika hendak mengutuskan bala tenteranya ke sesuatu negeri atau ketika menahan serangan musuh. Pedang yang berkepala Merong ini juga di gunakan oleh Kaum Monggol Turki ini ketika pertabalan dan perlantikan raja-raja mereka di bandar Bursa dan Islambul atau Istanbul. Sesungguhnya hubungan Merong dan Islam cukup rapat dan mempunyai talian yang cukup lama tapi di nafikan habis-habisan oleh musuh-musuh Allah seperti mereka menafikan wujudnya ketamadunan Islam yang hebat dan makmur di Lembah Bujang dan Sungai Batu sejak zaman nabi Allah Ibrahim a.s. lagi. Subhanallah.

Wallahualam

Credit 

https://www.facebook.com/gayong.padangterap

 TARIAN ZUMBA 

ZUMBA? Pasti anda tertanya-tanya apakah Zumba kerana bunyinya seakan nama spesies hidupan liar. Jangan terperanjat,... Zumba adalah bentuk senaman unik, yang kini mula digemari penggemar aerobik.... Jika disebut senaman, ia adalah bentuk pergerakan badan yang memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan, tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya secara berkala atas alasan masa tidak mencukupi atau ada perkara lain yang perlu didahulukan. ...
Hakikatnya, senaman adalah rutin paling mudah yang menyumbang seribu kebaikan untuk kesejahteraan hidup walaupun jika anda hanya melakukannya selama 30 minit setiap hari.... Sama ada berjalan santai atau melakukan pergerakan tertentu, ia sudah boleh dinamakan senaman jika anda mengeluarkan peluh.


Umumnya, tarian zumba ini diasaskan oleh Beto Perez yang berasal dari Mexico. Perkataan ZUMBA berasal dari Sepanyol yang bermaksud tarian parti dengan gabungan pelbagai musik dan irama. Sememangnya tarian ini akan membuatkan para peserta begitu teruja untuk melakukannya. Ayee dah pernah try dulu time tu kat PWTC..Memang syok x ingt...sekejap jer ayee dh rasa segar, dan berpeluh..sekarang ni ayee ngah berlatih tarian tersebut untuk ayee aplikasikan bersama2 trainee ayee.. ia merupakah salah satu daripada senaman Aerobik di mana ia menggunakan keseluruhan pergerakkan otot2 badan kita..sekali anda cuba tarian ini pasti anda akan teruja untuk mengulanginya lagi... kalau nak dibandingkan zumba dengan poco-poco...ZUMBA lagi syok! yukkk! siapa2 yang nk try tarian ni..jgn segan silu ok...contact AYEE! ;)

OK...WALAWALAWEHHHHHHHHHHHHHHH!! jommm  USHA VIDEO KAT BAWAH NI!




AKU NAK TURUN 5KG!!


Assalamualaikum.... n SALAM 1MALAYSIA...ok untuk entri kali ni ayee nak story sikit lah tentang  penurunan berat badan atau dalam kata yg lain ..untuk sapa2 yg nak kurus...ayee juz nk share ngn korg lah..apa yang ayee makan..apa yg ayee lakukan untuk turunkan berat badan ayee..FYI...ayee dlu pernah gemuk...iaitu 64KG...byangkan seluar jeans ayee yg saiz 28 dh xleh masuk...paha besar..bontot besar..ppi ayee pun naik...smua lh kirenya berisi...time tu mmg rasa down sgt2...semua komen n kutuk ayee ckp kenapa makin gemuk..nak kata bahagia..time tu ngah single...ye lh..skrg pun single jgk..hahahahahA!! nk buat camane xde org nk..lgipun aku ni sorg yg memilih dan sgt berhati2...huhuhu..jgn main tibai jer k abg2 or adik2....eh dh lari topikkk =.="


Time berat ayee 64kg tu...mmg rasa aku lah manusia paling gemuk kt dunia ni... byangkn semua baju2 xleh pakai..kalau pakai baju kurung pegi kelas kn..smua jdik sendat2....sIM SEXY N I DUN KNOW IT...hahahahha!! PAda suatu hari entah la kenapa tiba2 ayee rasa cm nk krus cm dlu blk..coz ayee ni dlu berat badan juz around 46kg-50kg shj...ia naik mendadak sbb ayee benti sukan secara mengejut atas alasan terlalu bz dgn assignment..project studio n mcm2 lah...so...slera mkn ayee jd menaik...setiap 2 jam- 3 jam mesti ayee rasa lapar nk mkn makanan yg berat2..mcm nasi berlauk...mee goreng ..kfc..n sewaktu dgnnya lah....huhuhu..dugaan giler time tu..pergghhh!!!


Akhirnya..suatu hri...tgh duk kemas2 baju dalam rak kt umah sewa tu..tiba2 tercapai sehelai suar jeans ayee yg saiz 28 tu... ayee ckp pd diri ayee..ayee tekad n berazam tuk kuruskan blk badan ayee...cz ayee time gemuk tu kn..ayee rasa down sgt2...x semangat nak lakukan apa2 kerja lgsung pn..pointer pun turun..result exam pun turun...then ayee tekad giler2 lah ni!!! ok...


FIRST STEP : 

Kurangkan makan makanan berlemak...makanan berkalori....makanan berminyak...makan berat juz before 8 pm..selepas tu juz makan buah2an..jgn makan Meggi...banyak kalori tu..


SECOND STEP :

Lakukan senaman / cardio exercise... ok untuk cardio exercise ni...ayee pegi joging petang2... sejauh 6 km ke atas.....then ayee berbasikal guna mountain bike... gunakan laluan yg berbukit untuk menguji keupayaan kekuatan tenaga bdan anda..amboiii! hehehehe..ok...yg ni perlu disiplin tinggi ok..kalau takat hangat2 taik ayam...LUPAKAN!!


THIRD STEP:

Alienate urself...maksudnya jauhkan/ asingkan diri anda daripada mereka2 yang kuat makan... dan malas exercise...ok2...untuk turunkan berat badan ni..ayee juga amek supplement...iaitu OXY ELITE PRO..iaitu sejenis FAT BURNER...pergghh!! klau korg telan menatang alah ni before work out...peluhnyaaa!! fuhhhhhh!!! kalau tadah baldi. .. \_/..boleh penuh agaknya...


FORTH STEP:

Istiqamah...iaitu perlu usaha secara apa ni orang cakap...bersgguh2 laaa..disiplin kena tinggi..jangan lah hangat2 taik ayam shj...ok..


OKLAH....tu jer lah yang ayee nk share ngn korg..tp kalau korang nak tahu apa lagi rahsia2 ayee dalam usaha ayee turunkan berat badan ayee...jommm!!! JOIN BENGKEL SEMINAR MEMBENTUK BADAN .. ok?? 







   ASSALAMUALAIKUM N SALAM 1MALAYSIA! yeahhh!! untuk post di page ini I nk story  and share dgn uolz tentang perihal kesihatan and kecergasan badan.

ORITE..! as u know...n kalau x tahu lg..im right now doin my practical at MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN di BAHAGIAN PERANCANG BANDAR..n beside that..i jugak seorang MOBILE PERSONAL TRAINER...which is... i bergerak k merata2 gym kt TERENGGANU..utk train customer i lah kn..so kalau uolz minat nk amek i sbg PERSONAL TRAINER...juz call me... or email me ok?? kalau luar dr kemaman..i akn caj untuk transport and service je lh..tapi kalau kemaman...i cuma akan caj service only... untuk bayaran..boleh rujuk ke page SERVICE.. ok?? xde hal..gua orite jer...anytime boleh call...tp klau x jwb tu mungkin tengah tidur , meeting xpun hp hbis bateri... hehehehe.. ok lh uolz...iolz tgh fikir lgi ni artikel apa yang nk dbicarakan gtuuu..dalam page ni...adiozzz!!


WASSALAM...