SAKA DAN JIN

Posted by AYee YaRa Dato' Mustofa on Wednesday, January 15, 2014 Under: MISTIK
Assalamualaikum .w.b.t 


GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SAKA


Kali ini Ana terpanggil untuk menulis atas tajuk di atas kerana memandangkan terlalu ramai di antara masyarakat kita yang diganggu oleh Jin jenis ini. Apabila kita sebut SAKA mungkin ramai yang menyangka harta pusaka. Kalau harta pusaka alangkah baiknya.......semua org menunggu-nunggu untuk mendapatkannya. 

Tetapi apabila kita menyebut SAKA, ramai yang terkejut....apakah bendanya tu.....Saka adalah gangguan jin yang didapati turun temurun selama 7 keturunan. Kebanyakan mereka yang ade saka ni terdiri dari mereka yang berasal dari tanah seberang esp: kaum Minangkabau (negeri Sembilan), Bugis di Johor & Perak, Selangor, Banjar & Jawa. Dan tak lupa gak bagi mereka yang dari asal keturunan Cina.

Datuk nenek moyang kita dahulu sebelum mereka berhijrah ke Tanah Melayu ni....mereka sering bersahabat dengan Jin untuk membantu mereka dalam urusan kehidupan seharian. kebanyakan yang datang ke sini terdiri dari petani, nelayan & pekebun. Pada ketika itu Tanah Melayu masih lagi dalam keadaan hutan belantara. Jadi tak heranlah bila mereka ini bersahabat dengan Jin untuk membolehkan mereka meneroka tanah di Semenanjung dan membuat penempatan. Tambahan pula zaman dulu mana ade teknologi moden eg: Gergaji, jentolak buldozer etc...........untuk menebang pokok-pokok hutan.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin Afrait ini untuk melalukan kerja semua tu. Apabile mereka membuat perjanjian dengan JA nie.....Jin pun cerdik jugak sbb dia pun minta jasanya dibalas jugak. Iaitu setiap bulan penuh atau bulan purnama datuk nenek moyang kita akan memberi jin makan yang dikenali

BUANG ANCAK. Tetapi malangnya kini telah diharamkan sbb terdapat unsur-unsur syirik. Semasa dulu kala kata bapa Ana kalau mereka yang tinggal di pantai pasti ade pesta puja pantai (semah) untuk beri makan hantu laut....@ SAKA laut. Kalau tak beri makan mereka akan mengganggu anak cucu nak bekerja mencari nafkah seharian.

SAKA terbahagi kepada 2 jenis iaitu SAKA laut & SAKA darat. Saka laut terdiri dari Saka Buaya, saka ular, saka naga manakala saka darat terdiri dari Saka Jin Afrait, Saka Harimau. Inilah jenis saka yang popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Bagi mereka yang mempusakai saka laut kebiasaannya akan berasa sejuk dari pinggang ke bawah. Sejuk yang dirasa bukanlah senantiasa tetapi ade waktu-waktu tertentu. Mereka yang ada saka buaya @ naga kerap kali akan menderita sakit dibahagian muka esp: bahagian mata. Mata akan rabun dah buat opr banyak kali pun tak meninggalkan kesan langsung.....lebih jelas bagi mereka yg dah berumur lanjut. Selalu sakit di bahagian pinggang & rahim (bagi kaum wanita). Dimana sang ular itu membelit pinggangnnya. Bagi kaum wanita saka akan berumah di dalam rahim ( pasti akan ade gangguan dlam rahim) samaade haid tak teratur, ade ketumbuhan @ tumpah darah yang banyak. 

Saka darat pula esp: Jin Afrait, akan terdapat gangguan fikiran & perasaan. Sesekali kena sesak nafas (bernafas tak puas) sakit dada.....lupa lalai nyanyuk esp; ketika solat lupa rakaat solat......kerap sakit dari bahagian bahu ke atas (migrain), sakit tulang belakang (slip disk). Bagi lelaki sakit tulang belakang bawa ke pinggang hingga ke pangkal peha (kadang kala alat kelamin tak function). Sakit lutut bagi perempuan yg mencecah 40an, haid terganggu. Terdapat lebam-lebam di peha (esp: wanita) sbb dihisap oleh Jin. Sering terdengar org memanggil nama bila bersaorangan. Sering berasa ada seseorang berada di belakang kita. Tapi bile kita toleh tiada.

Saka harimau kebiasaanya ade tanda kat umah kita spt cakaran harimau.....kadang kala terdapat di badan juga.....Bagi mereka yang boleh melihat alam ghaib, dpt melihat mata org yang ade saka harimau berwarna merah dan muka mereka bertukar wajah harimau, sekali pandang.

Setiap saka pasti akan ada binatang belaan samada langsuir, pontianak, monyet, Jembalang Tanah etc..........kesemuanya itu dipanggil dampingan. Dampingan jin ini akan mengganggu tuan badan dan juga org yang berada di sekelilingnya. Mengapa SAKA menggangu kita sbb anak cucu mereka sudah tidak lagi percaya pada benda ini dan tidak lagi memberi makan atau mengendahkan mereka lagi...Justeru itu SAKA ini akan mengganggu cucu-cicit keturunan datuk nenek moyang yg memiliki SAKA ini. 

Mungkin keterangan Ana ni boleh membantu saudara/i di sana untk mengenalpasti penyakit saudara/i. Jangan sampai SAKA ini mempengaruhi keseluruhan kehidupan kita. Peranan SAKA ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memporak perandakan rumahtangga, hubungan keluarga, masysarakat. Sbb Iblis dah berjanji di hadapan Allah untuk menggoda anak Adam hingga ke hari Qiamat. Itulah peranan SAKA. 

Berapa ramai masyarakat kita yang bercerai berai hanya kerana SAKA......tapi mereka tidak mengetahuinya. Berapa ramai yg menderita sakit, wang ringgit habis harta tergadai disbbkan oleh SAKA......Malangnya masyarakat moden hari ini tak yakin akan kewujudan SAKA, kewujudan jin Afrait etc............mereka lebih percayakan perubatan moden bila sakit....untunglah DR sbb pendapatan lumayan hasil dari masyarakat yang sakit nie.........

Rata-rata masyarakat kita sanggup bergolok bergadai untuk menampung kos perubatan di pusat-pusat pakar perubatan moden...tapi malangnya hasilnya tiada........nak salahkan siapa............bukan salah ibu mengandung........

Kerap lah buat muhasabah diri.....pastikan diri anda tidak diganggu oleh saka. Jangan sampai rumahtangga yang dibina hancur berkecai panas bak api membakar....pantang bertemu asyik nak bertengkar aje....bile berjauhan rindu bagai nak pecah dada.....anak-anak menjadi mangsa dera......akhirnya kita juga yang rugi......

Sekian, untuk tatapan umum....Yang baik itu semunya dari Allah dan yang lemah dan buruk itu dari kelemahan dari Ana sendiri.


Wassalam....

CREDIT TO : http://gemadaputra.proboards.com/thread/98

In : MISTIK 



Blogroll

CARA NAK HUBUNGI AKU d'TALIAN BEBAS TOL

Make a Free Website with Yola.